Saya bernama Ko Zhi Xuan dari Johor. Saya berbangsa Cina dan berumur 22 tahun. Saya juga seorang warganegara Malaysia.
Di Malaysia, terdapat 25 buah subkategori dalam keturunan etnik atau bangsa. Setiap anggota masyarakat telah melakukan banyak usaha untuk mewujudkan hubungan etnik yang mesra di Malaysia.
Apakah yang paling penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang baik?
Jika soalan ini ditanya pada saya semasa saya berumur 9 tahun, saya akan menjawab saling menghormati dan saling menyayangi antara etnik-etnik antara satu sama lain.
Jika soalan ini ditanyakan pada saya semasa saya berumur 14 tahun, saya akan menjawab perpaduan adalah unsur yang paling penting untuk menjalinkan hubungan etnik yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia merupakan bangsa Malaysia dan bukanlah bangsa masing-masing seperti Cina, Melayu, India dan lain-lain.
Jika soalan ini ditanyakan pada saya pada masa sekarang, saya akan menjawab kesepaduan antara pelbagai etnik ialah unsur yang paling penting. Perpaduan ialal keSATUan atau keSAMAan--satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara. Perpaduan hanyalah satu gambaran tentang satu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan. Kesapaduan adalah satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
Dalam zaman kanak-kanak saya, saya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Kuang 2. Saya tinggal dalam kawasan perumahan Cina. Saya tidak pernah berkawan dengan etnik atau bangsa yang lain. Hormat-menghormati antara etnik adalah satu konsep untuk saya dan tidak pernah mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. Saya berkawan dengan orang yang sama bangsa iaitu Cina di sekolah. Saya bermain dengan orang yang sama bangsa iaitu Cina di sekelilingi rumah saya. Ibu saya pun tidak suka akan makanan bangsa lain, oleh itu, saya pun tidak pernah merasai makanan kaum lain. Hal ini mula berubah semasa saya memasuk ke sekolah menengah.
Ini merupakan gambar kelas saya pada Tingkatan 3 di SMK SKUDAI. Dalam sekolah menengah kebangsaan Skudai, saya mula berkawan dengan bangsa lain pada Tingkatan 1. Kawan Melayu yang duduk di tepi saya ialah Nur Fadzila. Dia merupakan pertama kawan yang lain bangsa dalam kehidupan saya.
Sekolah menengah terdiri daripada pelbagai jenis bangsa pelajar seperti Melayu, India, Cina, Sikh dan lain-lain. Saya dapat mengaplikasikan konsep hormat-menghormati. Sebelum menghormati dan menyayangi etnik lain, saya memahami budaya mereka dahulu. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Dengan memahami budaya mereka, saya dapat menghormati adab-adab mereka.
Pada waktu yang sama, keluarga saya juga berpindah rumah ke kawasan perumahan pangsa. Jiran saya terdiri daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India. Kami bertegur sapa dan berbual-bual tentang pelajaran kami. Semasa Tahun Baru Cina, mereka akan mengunjungi rumah saya untuk menyambut perayaan ini bersama-sama. Semasa Hari Raya Aidilfitri, mereka juga akan memberi makanan kepada kami untuk mengosingkan kegembiraan dan kebahagiaan mereka.
Jiran Melayu juga menjemput keluarga saya untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya pada 3 tahun yang lepas. Inilah kali pertama saya menghadir majlis perkahwinan etnik lain. Saya dapat lagi memahami budaya mereka dan mengosingkan kegembiraan mereka bersama-sama. Walaupun saya tinggal di Kuala Lumpur sekarang, tetapi saya masih akan bertegur sapa dengan jiran saya semasa saya balik kampung.
Dalam kehidupan universiti saya, saya masih berkawan dengan etnik yang lain dan juga belajar budaya mereka seperti makan dengan menggunakan tangan. Semasa waktu kecil saya, saya akan menganggap sikap ini akan mengotorkan tangan saya. Walau bagaimanapun, saya menganggap tindakan ini sebagai tanda menghormati etnik lain. Kami saling menghormati dan menyayangi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni di Malaysia.





No comments:
Post a Comment